Friday, June 28, 2013

Isteri Yang Tercantik

Isteri yang tercantek bukan yang paling jelita & seksi, tetapi adalah isteri yang terbaik akhlaknya dengan suaminya dan apabila suami memandangnya akan menjadi tenang dan terasa seperti di syurga.

Belajar Agama

Belajar ugama ialah dengan mendengar kuliyah ustaz di surau masjid ketika masih hidup, bukan dengan mendengar talqin ustaz bila dah masuk dalam kubur.

Thursday, June 27, 2013

Bukan makwe, bukan gelfren, bukan gewe.

Perempuan yang kita patut sayang dengan bersungguh-sungguh itu bukan yang bergelar makwe, girlfren, awek, gewe, atau seumpanya, tapi ialah yang bergelar ISTERI kita.

Seksi Meksi

Lelaki memang suka perempuan yang seksi-meksi, tapi hanya untuk dibuat bercouple dan dibawa pusing-pusing naik moto (merempit) saja. Tapi bila memilih calon isteri, ramai lelaki cari perempuan yang menutup aurat, ala kampung.

Wednesday, June 26, 2013

Hukum Bukan Mahram Bermain Mesej

Soalan :
Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone. Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

Ustaz Azhar Idrus :
Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan "sedang buat apa", "awak minat apa", "suka warna apa", atau "saya suka tengok awak pakai baju ini", maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.

Isteri Upload Gambar Bertudung

Soalan:

Adakah berdosa isteri saya upload gambar dia yang menutup aurat ke Facebook tetapi termasuk gambar rakan-rakannya yang tidak menutup aurat?

Ustaz Azhar Idrus:

Ini memang banyak sangat berlaku. Dengar sini baik-baik...

Hukum perbuatan ini BERDOSA kerana mempamerkan aurat orang lain untuk tontonan umum.

Ini sama juga seperti orang yang pasang video filem di pawagam yang ada gambar adegan telanjang untuk tontonan penonton. Ianya perbuatan haram tak kira dia itu seorang yang berjubah, berserban sebesar bakul, berkayu sugi, dan siap ada buku doa ma'thurat dalam poket!

Tuesday, June 25, 2013

Soalan Cepu Emas!

Soalan: Berapakah umur ustaz sekarang?

Ustaz Azhar Idrus: Saya muda lagi cuma lebih tua sedikit sahaja daripada Siti Nurhaliza. (Wakakaka).