Wednesday, June 26, 2013

Hukum Bukan Mahram Bermain Mesej

Soalan :
Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone. Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

Ustaz Azhar Idrus :
Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan "sedang buat apa", "awak minat apa", "suka warna apa", atau "saya suka tengok awak pakai baju ini", maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.