Soalan:
Di syurga kelak orang lelaki dapat bidadari, orang perempuan pula dapat apa?
Ustaz Azhar Idrus:
Orang perempuan bila dah bersuami, apa yang dia cari? Menurut adatnya dia tak cari suami lagi, tapi akan mencari hiasan emas, pakaian, dan pinggang mangkuk. Maka di dalam syurga, mereka akan dapat apa yang digemari oleh mereka, iaitu gelang & rantai emas, pakaian, dan pinggang-mangkuk syurga
Orang lelaki sebelum kahwin dia mencari perempuan, setelah kahwin dia tetap nak mencari perempuan juga, kerana kebanyakan lelaki bercita-cita hendak kahwin lebih dari satu, kecuali orang mati pucuk, kikikiki... Jadi, sebab itulah di dalam syurga, lelaki akan mendapat isteri dan juga bidadari-bidadari.
Ini semua adalah aturan dari Allah SWT yang maha bijaksana, jadi tak payah kita nak komplen.