Saturday, August 31, 2013

Belajar Takbir raya

Jika takbir raya yang mudah pun mung tak reti, jangan angan2lah nak kawen nak jaga anak dara orang, sedangkan diri mung sendiri tak reti mende yg mudah tentang agama, cuainya mung bab agama, macamana nak bimbing isteri tentang hukum2 agama, sedangkan tanggung-jawab suami mendidik isterinya, bukan tanggung-jawab ustaz!

Merdeka yang hakiki

Merdeka yang haqiqi bukan dengan laungan "merdeka!" di dataran merdeka, tetapi ialah dengan lafaz "Alhamdulillah!" ketika melangkah kaki masuk ke jannah!

Thursday, August 29, 2013

Mata VS Hati Lelaki

Perempuan cantik mana pun, seksi mana pun, tak semestinya semua lelaki akan berkenan kerana yang membuat pilihan sebenarnya bukan mata, tetapi ialah hati.

Jangan Lawan Alim Ulamak!

Dalam facebook, twitter, blog, bukan main lagi lantang melawan ustaz, alim ulamak. Tapi di dalam masjid, bila orang hulur mikrofon suruh takbir raya secara solo, dop berani setarang, terus passing ke orang lain!

Tuesday, August 27, 2013

Perempuan tak pakai tudung lebih baik

Lebih baik kawen dengan perempuan tak pakai tudung tapi mulutnya baik & tak degil daripada kawen dengan perempuan pakai tudung tapi degil & mulut laser macam naga sakti kerana perempuan yang tak degil bila disuruh pakai tudung lepas kawen nanti dia akan taat. Mulutnya pula tidak menyakitkan hati suami.

Isteri Bukan dari Batang Joran

Suami jangan berkasar sangat dalam mendidik isteri, dan jangan sekali2 sampai naik tangan kaki ke badan isteri. Wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok bukan dari batang joran!