Monday, September 30, 2013

Perempuan Pakai Cawat ketat

Perempuan kadang-kadang pakai seluar ketat di khalayak ramai tidak haram, malah ada ketika menjadi wajib!!

Macamana pulak tu ustaz?

Jawabnya jika seluar itu adalah seluar dalam. Wakakaka...

Jika pakai seluar dalam longgar nanti terlondeh! Bila terlondeh depan orang ramai akan menjadi aib. Haram kita aibkan diri kita sendiri di khalayak ramai. Kikikiki...

Sunday, September 29, 2013

Jika Isteri suka membebel...

Jika isteri tidak berapa cantik atau suka membebel, bersabarlah sebab bila masuk syurga, yang tak cantik akan menjadi jelitawan dan yang suka membebel akan menjadi suka menyanyi-nyanyi dengan suara yang merdu untuk suami.

Saturday, September 28, 2013

Jangan Marah Isteri

Jangan marah pada isteri jika dia jenis suka berbelanja guna duit suami, kerana memang Allah dah jadikan lelaki dan perempuan itu sesuai dengan sifat dan tugas masing2: Tugas suami mencari duit, manakala isteri penghabis duit.

( Ustaz Azhar Idrus )

Tuesday, September 17, 2013

Cabut gigi tak batal puasa

Soalan: Adakah batal puasa jika cabut gigi?
Ustaz Azhar Idrus: Ya Batal, jika kamu telan gigi itu atau jika kamu telan playar doktor.

Nak kahwin awal

S: Camner nak buat ibubapa setuju untuk saya kawen muda?
Ustaz: Tunjukkan komitmen yang kamu benar-benar telah bersedia dan bukan tunjuk galak gatal.