Tuesday, October 8, 2013

Kaitan Warna dalam Islam

Soalan:

Apakah kaitan sesuatu warna dalam Islam menurut Quran atau hadis, seperti warna hijau dan biru?

Ustaz Azhar Idrus:

Ini soalan cari pasal... hahaha.

Ada hadis-hadis Nabi berkenaan warna hijau, di antaranya yang menceritakan tentang kubah hijau di syurga iaitu tempat roh-roh orang yang beriman. Juga disebut roh-roh orang yang mati syahid berada di syurga di dalam tembolok burung-burung yang berwarna hijau. Jadi warna hijau ini bukan warna sebarangan.

Manakala yang berwarna biru pula, menurut hadis adalah warna Munkar Nakir yang amat menggerunkan ketika menyoal mayat. Jadi warna biru ini adalah warna yang ditakuti.