Monday, June 17, 2013

Bidadari di Syurga

Soalan:
Di syurga kelak orang lelaki dapat bidadari, orang perempuan pula dapat apa?

Ustaz Azhar Idrus:
Orang perempuan bila dah bersuami, apa yang dia cari? Menurut adatnya dia tak cari suami lagi, tapi akan mencari hiasan emas, pakaian, dan pinggang mangkuk. Maka di dalam syurga, mereka akan dapat apa yang digemari oleh mereka, iaitu gelang & rantai emas, pakaian, dan pinggang-mangkuk syurga 

Orang lelaki sebelum kahwin dia mencari perempuan, setelah kahwin dia tetap nak mencari perempuan juga, kerana kebanyakan lelaki bercita-cita hendak kahwin lebih dari satu, kecuali orang mati pucuk, kikikiki... Jadi, sebab itulah di dalam syurga, lelaki akan mendapat isteri dan juga bidadari-bidadari.

Ini semua adalah aturan dari Allah SWT yang maha bijaksana, jadi tak payah kita nak komplen.

Geli Hati - Bini cemburu

Seorang isteri yang cemburukan suaminya mengadu kepada Tok Kadi.

Si Isteri: Suami saya curang, bila saya tepon, selalu ada perempuan lain yang jawab.

Tok Kadi: Apa kata perempuan tu?

Si Isteri: Saya tak faham sebab dia cakap omputih. Kalau tak silap dia kata, "…. Please leave a message after the tone".

Tok Kadi : @#%?

-------------------------------------------Segmen geli hati adalah segmen lawak daripada kami team Apps UAI.------------------------

Sunday, June 16, 2013

Rahsia Ustaz dapat Jawab Soalan

Soalan: Macamana ustaz boleh jawab semua soalan yang ditanyakan kepada ustaz?

Ustaz Azhar Idrus: Saya hanya jawab soalan-soalan yang mudah dan yang saya tahu jawapannya saja. Soalan-soalan yang susah yang saya tak boleh jawab saya sorok bawah meja, mana orang tahu pun wakakaka.

:: UAI orang yang merendah diri walaupun ilmunya penuh di dada. *Respect*. ::

Pesanan untuk orang banyak duit

Orang yang banyak duit itu bukan orang senang, itu orang banyak duit. Orang senang ialah orang yang nak angkat tangan, boleh. Nak berjalan, boleh. Nak makan nasi, boleh. Nak buang air besar atau kecil, boleh. Cuba tengok orang banyak duit yang duduk di hospital mewah. Nak makan nasi, Tuhan tak izin. Yang bolehnya, minum air ikut wayar, itupun air kosong saja, tomyam tak boleh 

Jadi masa senang inilah kita nak pergi ke surau masjid. Jangan tunggu bila dah kena naik "kereta" wheelchair, wayar dah penuh kat tubuh, baru teringat nak pergi masjid. Masa tu jangan harap mesi (nurse) nak tolong hantar ke surau masjid.

Orang zaman sekarang

Ramai orang zaman sekarang tanpa segan silu menegur, mencerca, mengutuk dan memaki alim ulamak yang telah khatam beratus-ratus kitab, yang telah belajar dengan berpuluh-puluh guru selama bertahun-tahun, yang arif tentang hukum-hakam, padahal dia sendiri baca kitabpun tak pandai. Bila orang tanya dia apa doa nak dibaca ketika ayam berkokok, terkencing tak boleh jawab, tapi ada hati nak tegur alim ulamak. Allahurobbi.

Bukti Cinta

Jika cinta kepada KEKASIH, perlu dibuktikan dengan PERNIKAHAN, bukan sekadar ucapan di bibir, I lap u, u lap me; Jika cinta kepada ALLAH, perlu dibuktikan dengan KETAQWAAN!

Dakwah Cara Bijak

Jika ada perempuan yang freehair tapi dia jaga solat, jangan kita jadikan dia benci pada solat kerana kita menghantam dia tidak pakai tudung, tidak tutup rambut. Kita perlu dakwah dia dengan bijaksana.