Wednesday, June 26, 2013

Isteri Upload Gambar Bertudung

Soalan:

Adakah berdosa isteri saya upload gambar dia yang menutup aurat ke Facebook tetapi termasuk gambar rakan-rakannya yang tidak menutup aurat?

Ustaz Azhar Idrus:

Ini memang banyak sangat berlaku. Dengar sini baik-baik...

Hukum perbuatan ini BERDOSA kerana mempamerkan aurat orang lain untuk tontonan umum.

Ini sama juga seperti orang yang pasang video filem di pawagam yang ada gambar adegan telanjang untuk tontonan penonton. Ianya perbuatan haram tak kira dia itu seorang yang berjubah, berserban sebesar bakul, berkayu sugi, dan siap ada buku doa ma'thurat dalam poket!

Tuesday, June 25, 2013

Soalan Cepu Emas!

Soalan: Berapakah umur ustaz sekarang?

Ustaz Azhar Idrus: Saya muda lagi cuma lebih tua sedikit sahaja daripada Siti Nurhaliza. (Wakakaka).

Setiap Makhluk Itu Berpasangan

Allah jadikan makhluk berpasang-pasangan, bukan manusia sahaja tetapi termasuk binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Sebab itu Islam suruh kita bercouple; tapi bukan bercouple yang berkepit ke sana ke mari sebelum nikah, tetapi untuk kita bercouple selepas nikah.

Monday, June 24, 2013

2 Benda Yang Lembik

Ada 2 makhluk di dalam dunia ini yang fizikalnya lembik tetapi merbahaya, itulah (1) ular, (2) wanita.

Lelaki Makan Beralih Kahwin Ramai

Soalan: Betul ke lelaki yang makan beralih tempat akan berkahwin ramai?

Ustaz Azhar Idrus: Tidak betul. Yang betulnya lelaki yang berkahwin ramai akan makan beralih tempat.

Sunday, June 23, 2013

Tudung Tapi Pakai Ketat

Soalan: Saya bertudung tapi pakaian ketat, berdosa ke?

Ustaz Azhar Idrus: Tak berdosa.. kalau di dalam rumah depan suami. Nak ketat, nak seksi, depan suami saja. Kalau saiz pinggang 37, pakai seluar ketat saiz 26 bila depan suami. Tapi kalau kat luar rumah, berdosa!

Ajak Ke Masjid

Setiap kali orang ajak dia ke masjid, dia jawab InsyaAllah..., InsyaAllah..., InsyaAllah...., dari muda sampai ke tua, dari masa bilal ada gigi sampai bilal dah tak ada gigi, tapi dia tak sampai-sampai jugak. Bila dia sampai masjid? Bila masuk kotak dan dah dapat title JENAZAH.