Saya tanya soalan di Facebook tapi Ustaz tak jawab. Sedihnya saya.
Ustaz Azhar Idrus:
Bukan saya tak nak jawab. Tapi tak sempat sebab banyak sangat soalan yang masuk. Saya jawab satu, 100 soalan masuk. Saya jawab dua, 200 soalan masuk. Jadi, yang saya mampu hanya menjawab dalam 30-50 soalan sahaja dalam sehari. Bukan kerja saya duduk depan Facebook sokmo, banyak kerja lain juga. Jadi kena faham-fahamlah.
Saturday, June 22, 2013
Friday, June 21, 2013
Bolehke Panggil Orang tu Kafir
Soalan:
Boleh kah nak panggil orang yang tolak hukum Allah itu kafir?
Ustaz Azhar Idrus:
Mung jangan buat sedap nak kata begitu, tidak boleh! Ini kerana Allah sudah bahagikan mereka ini kepada tiga kategori (menurut surah al-Maidah ayat 44, 45, 47), iaitu kafir, zalim, atau fasiq. Tapi sekiranya mereka kata "kita tidak boleh laksanakan hukum Islam kerana ia tidak molek, tidak memajukan kita…", maka hukumnya kafir.
Ini bukan saya yang kata, tapi berdasarkan tafsir ulamak-ulamak. Saya (UAI) bukan taraf ulamak, cuma tukang menyampaikan sahaja.

Rajin Solat Tapi x Tutup Aurat
Jika ada perempuan yang freehair tapi dia jaga solat, jangan kita jadikan dia benci pada solat kerana kita menghantam dia tidak pakai tudung, tidak tutup rambut. Kita perlu dakwah dia dengan bijaksana
Hukum Wanita Tidak Menutup Aurat
Soalan: Apakah hukum perempuan tidak menutup aurat tapi solat lima waktu tidak tinggal?
Ustaz Azhar Idrus:
Tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam. Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun. Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.
Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut.
Perempuan yang tidak pakai tudung tapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tapi tidak solat.
Bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung.

Monday, June 17, 2013
Perempuan dan Ferari
Perempuan tak payah cukur bulu kening, tak payah pakai ketat-ketat untuk tunjuk bentuk punggung, tak payah belah kain untuk tunjuk betis putih, sebab perempuan sudah dijadikan very sexy macam Ferrari. Kalau buka betis juga itu bukan Ferrari, tapi Kenari.
Bongol Wanita Haram
Ramai perempuan sekarang sengaja pakai tudung berbonggol tinggi tak ubah seperti alien dalam filem. Pakaian seperti itu hanya boleh ditunjuk pada suami sahaja sebab dia yang bayar maskawen. Haram jika bertujuan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Pesanan kepada orang yang benci dakwah
Apakah komen ustaz bila ada orang mengutuk atau mengeji orang yang berdakwah?
Ustaz Azhar Idrus:
~> Kalau hendak selesa, tak mahu dikeji, dihina, dicemuh, takut kena gam, dan seumpamanya, maka itu bukan kerja dakwah..
~> Jika ada yang membenci kita berdakwah, itu perkara biasa kerana berdakwah bukan untuk mengambil hati semua semua orang, tapi untuk memberi kesedaran..
~> Buatlah fitnah apa sekalipun, katalah apa yang nak dikata, aku akan tetap berdakwah sampai mati.

Subscribe to:
Posts (Atom)