Friday, April 26, 2013

(Soalan) Macam Mana Ustaz Jawab Soalan-soalan?

Soalan: Macamana ustaz boleh jawab semua soalan yang ditanyakan kepada ustaz?

Ustaz Azhar Idrus: Saya hanya jawab soalan-soalan yang mudah dan yang saya tahu jawapannya saja. Soalan-soalan yang susah yang saya tak boleh jawab saya sorok bawah meja, mana orang tahu pun wakakaka.

Majlis Bertunang, Dulu dan Sekarang.

Dahulu, majlis bertunang buat berlebih-kurang saja, bawa kek & buah2an ke rumah perempuan; Sekarang, majlis bertunang dah macam bernikah, dengan majlis bersanding, ambil gambar indoor outdoor, siap meniarap dalam air ombak, posing pakaian basah sampai nampak jelas bodi saiz 27,23,48. Pastu pegi upload gambar ke Facebook. Dah jadi semakin rosak...

Pesan kepada Budak Hip Hop..

Tak kira samada kamu mat rock ke, hip hop ke, set awek ke, kaki ulat buku ke, solat 5 waktu tak boleh tinggal sebab tiada solat tiada agama.

Tutup Lampu, sama je!

Tidak guna bangga dapat isteri yang hanya berwajah cantek jelita tetapi tidak menutup aurat, degil, dan tak dengar kata suami. Masakpun malas, tapi hanya tahu nak bergaya sahaja... Isteri yang beragama & solehah itu lebih baik, kurang cantek tak mengapa sebab bila tutup lampu semuanya sama :)

Dacing Hilang (Politik Sokmo)

Tugas malaikat Israfil ialah meniup sangkakala. Bila ditiup sangkakala, maka terjadilah kiamat besar, langit terbelah, bulan dengan bintang berlaga. Tapi, dacing tak tahu ke mana... (Kikikikiki...)

Lelaki akan masuk neraka jika...

Lelaki akan masuk neraka jika anak atau isteri berbuat dosa. Suami bukan menanggung dosa mereka, tetapi suami berdosa sebab tidak mendidik, tidak berkeras dalam memberi arahan kepada mereka tentang perkara wajib, dan tidak ambil berat tentang anak tidak solat, isteri tidak tutup aurat, dan sebagainya.

Jangan cakap pada anak bini, "ikut pandai mung ah", sebab mereka adalah tanggungjawab suami. Jadi bila dah akad nikah tu, jangan asyik senyum saja, jangan ingat yang sedap saja. Kenapa faham banyak tanggung-jawab yang kena pikul bila menjadi suami.

Jangan Pakai Mercedes Kalau X solat!

Kalau orang kelas tak solat, jangan pakai mercedes, pakai kereta giling. Tak layak pakai mercedes!! Sebenarnya layak merangkak je kat tepi jalan. Ini kerana orang tak solat itu musuh Allah, musuh malaikat, musuh para Rasul, musuh para Nabi, musuh orang beriman. Mereka ni tak layak dibuat menantu!